Zairi Zaidi Zairi Zaidi & Perniagaan Internet

30Jan/102

FuhyooFM… Sebut Betul-Betul…

FuhyooFM

Kali ni saya nak bercerita mengenai satu radio online Malaysia yang pertama iaitu FuhyooFM (sebut betul-betul… Fuhyoo bukan puyuh). Siaran radio ini hanya boleh didapati menggunakan internet sahaja. Lihatlah, betapa berkembangnya dunia internet sekarang ni. Sampaikan radio yang yang hanya menggunakan talian internet pun dah ada kat Malaysia. Tak tahu apa pula lepas ni yang hanya menggunakan internet sebagai mediumnya.

Saya dapat tahu mengenai radio online ini daripada saudara SmartZul dan juga Rohaizad yang sentiasa menghebohkan-hebohkan mengenainya sewaktu di awal pnubuhan radio online ini. Kali pertama saya mendengarnya pula adalah pada malam tahun baru 2010 dengan kehadiran beberapa Internet Marketer dan juga blogger-blogger tempatan. Sungguh seronok rasanya pada masa tu dapat mengenal nama-nama blogger tempatan dan kisah-kisah mereka. Sempat juga saya membuat permintaan lagu dan juga menyampaikan ucapan tahun baru menerusi siarannya pada masa tu.

Baiklah, apa sebenarnya FuhyooFM ni?
Seperti yang saya katakan di atas, FuhyooFM merupakan radio online Malaysia yang pertama di mana siarannya hanya boleh didapati melalui internet. Ia merupakan satu produk milik  Fitrah Media Enterprise, sebuah syarikat yang mengendalikan kursus dan khidmat nasihat untuk program kokurikulum Kelab Media dan Radio Sekolah. Ini merupakan satu program kokurikulum yang bertujuan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dan menengah kebangsan di samping meningkatkan modal insan pelajar dalam bidang pendidikan. Melaui program ini pelajar didedahkan kepada bidang penyiaran dan sebab itulah DJ-Djnya turut terdiri daripada golongan remaja.

Ini merupakan wajah-wajah DJ radio FuhyooFM yang hensem-hensem dan lawa-lawa.

Dj FuhyooFM

Seperti yang saya katakan, mereka juga terdiri daripada golongan-golongan remaja yang sudah mula berjinak-jinak dalam dunia penyiaran pendidikan. Hebat betul mereka ni.

Baiklah, habis cerita mengenai FuhyooFM dan DJ-Djnya.  Sekarang saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana caranya untuk mendengar siaran radio ini. Apa yang penting adalah sambungan talian internet. Tanpa talian internet anda tidak dapat mendengar radio ini. Terdapat beberapa cara untuk mendengar siaran radio ini. Saya akan terangkan antara cara yang saya gunakan.

1. Melalui laman web FuhyooFM.
Layari laman web FuhyooFM di http://www.fuhyoofm.com .

Sekiranya anda dapat melihat player FuhyooFM, kilk button play untuk mendengar. Manakala jika anda tidak dapat melihat playernya, anda perlu install plugin Windows Media Player di browser anda. Untuk install plugin Firefox, KLIK DI SINI.

2. Memasang toolbar Fuhyo FM
Klik button Free Download di bawah untuk install toolbar tersebut.

Setelah itu, klik pada Install Now untuk install toobar tersebut. Selepas installation berjaya, restart browser anda dan anda kini sudah dapat lihat toolbar FuhyooFM pada bahagian atas browser anda.

Berikut pula merupakan toolbar FuhyooFM. Klik pada button play untuk mendengar siaran radio tersebut. Selain tu, anda juga boleh menggunakan toolbar ni untuk berchating dengan pendengar-pendengar lain. Jangan lupa explore fungsi-fungsi yang pada pada toolbar ni ya.

3. Mendengar di blog
Anda juga boleh mendengar siaran radio ini di mana-mana blog yang mempunyai player FuhyooFM. Anda juga boleh memasang player tersebut di blog anda sendiri. Hanya perlu copy dan paste sahaja code di bawah pada mana-mana bahagian blog anda terutama bahagian sidebar.

<object classid="clsid:6bf52a52-394a-11d3-b153-00c04f79faa6" width="300" height="150" codebase="http://activex.microsoft.com/activex/controls/mplayer/en/nsmp2inf.cab#Version=5,1,52,701"><param name="stretchtofit" value="true" /><param name="url" value="http://174.120.183.111:8000" /><param name="src" value="http://174.120.183.111:8000" /><embed type="application/x-mplayer2" width="450" height="150" src="http://174.120.183.111:8000" url="http://174.120.183.111:8000" stretchtofit="true"></embed></object>

Playernya nanti akan kelihatan sepertimana di bahagian sidebar blog saya ni.

4.Mendengar di Windows Media Player
Ini merupakan cara kegemaran saya. Disebabkan saya selalu mendengar lagu-lagu kegemaran saya menggunakan Windows Media Player, maka saya lebih suka mendengar radio ini menggunakan perisian ini  sahaja.
Apa yang anda lakukan adalah kilik pada File > Open URL … dan masukkan URL ini http://174.120.183.111:8000 dan klik OK.

Nampaknya lepas ni sambil buat kerja-kerja online dapatla juga hiburkan hiburkan hati anda dengan lagu-lagu di FuhyooFM.  Jangan sampai hilang fokus sudahlah…

Siaran yang paling saya minat dekat FuhyooFM ialah Dunia IE di mana kita dapat mendengar suara-suara para bloggers tempatan berkongsi ilmu dan perbicangan mengenai dunia keusahawan internet. Anda boleh mendengar siaran ini pada hari Khamis jam 12.00 tengah hari dan juga ulangannya pada hari Rabu jam 2.00 petang.

Saya harap radio FuhyooFM dapat mencapai matlamatnya sebagai sebuah radio online Malaysia yang pertama. Dan diharap anda semua juga sentiasa menyokong radio ini sehingga mereka mampu memberikan yang terbaik kepada kita semua.

So, apa pendapat anda?

14Jan/103

Peribadi Usahawan Internet Yang Berjaya

Masyarakat kini semakin sedar kepentingan mempunyai sumber pendapatan tambahan malah ada yang hanya menjadi usahawan yang menjana pendapatan dari internet sebagai kerjaya utama. Benarkah seseorang itu boleh memulakan perniagaan hanya dari rumah dan menggunakan internet sahaja? Jawapannya BOLEH. Memang sesiapa pun boleh memulakan perniagaan dari rumah. Samada jiran anda, mak cik, pak cik , rakan sekerja, mereka semuannya boleh. Tapi bukan semuanya mampu terus membina, mengembangkan dan mengekalkan perniagaan tersebut. Ada dua perkara berbeza di sini. Memulakan dan membina perniagaan internet adalah dua perkara yang berbeza.

Apa yang kita harus lakukan untuk terus memajukan perniagaan kita ini? Kita memerlukan ciri-ciri seorang usahawan yang sejati. Ciri-ciri ini boleh ditanam dan dipupuk walaupun pada asalnya kita tidak mempunyainya.

Ini merupakan antara langkah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pengurusan Kewangan.
Para usahawan sentiasa mengetahui berapa banyak wang yang mereka ada dan tahu nilai dan kos bagi sesuatu perkara. Ini penting supaya mereka boleh mengawal segala aliran perbelanjaan, pendapatan dan mengetahui keuntungan yang mereka perolehi agar perniagaan dapat diteruskan.

Mempunyai Sifat Tidak Mudah Mengalah.
Mereka ini suka bersaing. Tidak pernah kenal putus asa dan sukakan cabaran untuk bersaing. Sesetengah daripada mereka ini sewaktu di sekolah atau kolej dahulu aktif dalam pertandingan sukan. Ada juga yang bersemangat dalam pelajaran untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang supaya mereka dapat menjadi kebanggaan ibu bapa dan para guru mereka. Sifat beginilah amat penting bagi seorang usahawan.

Mengamalkan Gaya Hidup Yang Sihat.
Mereka makan makanan yang sihat dan mendapat tidur yang cukup supaya tenaga yang terhasil dapat disalurkan untuk aktiviti-aktiviti produktif dan mendatangkan hasil yang positif. Mereka jarang sekali pergi melepak membuang masa di luar tanpa sebarang tujuan.

Berani Mengambil Risiko.
Seorang usahawan yang menjalankan perniagaan di internet tidak gentar dengan apa jua risiko yang bakal mereka hadapi. Risiko yang diambil boleh sekecil-kecil hanya dengan membeli ruangan iklan di blog-blog yang bertrafik tinggi sehingga meletakkan iklan di akhbar-akhbar tempatan yang berharga ratusan ringgit. Tanpa sifat begini amat susah untuk anda membina perniagaan anda.

Sentiasa Mempunyai Idea-idea Baru
Mereka selalu memikirkan dan mencari idea dan cara baru untuk menambah pendapatan perniagaan mereka. Minda mereka sentiasa terbuka dengan idea-idea baru yang boleh mereka terus cuba aplikasikan dalam kehidupan sebenar mereka.

Bekerja Secara Beretika
Usahawan yang sejati sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka dan bekerja dalam keadaan yang beretika dan penuh telus. Mereka akan berpegang pada setiap janji dalam setiap urusan bersama pihak-pihak yang terlibat dalam kerja mereka.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri di atas? Jangan lupa tinggalakan komen ye.

8Jan/103

Kunci Kejayaan Usahawan Internet

Assalamualaikum & salam sejahtera

Dalam mana-mana perniagaan, kunci utama yang mampu membuatkan perniagaan tersebut untuk terus 'bernafas' dan menguntungkan adalah memenuhi segala permintaan para pelanggan atau prospek mereka. Anda sebagai seorang usahawan seharusnya mampu untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut.

  • Apakah tujuan utama pelanggan anda membeli produk atau perkhidmatan anda?
  • Apakah masalah nombor satu para pelanggan anda yang boleh anda selesaikan untuk mereka melalui produk atau servis anda?

Anda dapat menjawab persoalan-persoalan ini? Jika tidak, ini bermakna anda mungkin sukar untuk mendapatkan jualan seperti yang anda inginkan. Menjalankan aktiviti pemasaran yang lebih berorientasikan pelanggan berbanding diri kita atau produk kita memang agak mencabar. Tidak dapat dinafikan. Para usahawan seharusnya melihat perniagaan mereka dari pandangan prespektif para pelanggan. Bukan hanya memfokuskan tentang ciri-ciri produk atau  servis. Persoalannya sekarang, bagaimana kita ingin melihat perniagaan kita dari kaca mata seorang pelanggan? Jawapannya mudah sahaja, tanya mereka! Mudah bukan jawapannya? Memang itulah hakikatnya. Ia bukan sesuatu yang baru anda dengar.

Para prospek, pelanggan malah mereka yang menolak tawaran anda juga boleh memberi input-input yang berguna mengenai kelebihan produk anda dan mengapa mereka membeli dari anda.

Mungkin ada dikalangan anda yang menganggap kita memerlukan bilangan pelanggan atau prospek beratus-ratus untuk menjalankan sedikit kajian ini. Ia bukanlah seperti demikian. Anda tidak memerlukan ratusan responden untuk melakukan kajian pasaran tersebut. Walaupun anda buat masa ini mempunyai pelanggan yang sedikit sahaja mungkin dibawah 100 orang, anda boleh saja hubungi mereka dan tanya mereka apa yang membuatkan mereka suka atau beli produk anda.

  • Berikut beberapa pertanyaan yang boleh anda tanya pelanggan sedia ada anda:
  • Apakah sebab utama yang membuatkan mereka membeli produk anda?
  • Adakah mereka berpuas hati dengan janji yang telah anda penuhi terhadap mereka?
  • Apakah kekurangan yang ada pada produk anda?
  • Bagaimana cara anda boleh memperbaiki perniagaan anda?
  • Apakah keperluan lain yang mereka perlukan daripada jenis atau kategori perniagaan anda selain yang pernah anda tawarkan sebelum ini?
  • Bagaimana anda boleh membantu mereka untuk hidup  lebih berjaya, bahagia atau menyelesaikan apa sahaja masalah yang mereka hadapi?

Untuk bahagian ini, saya akan kongsikan apakah persoalan yang boleh anda kemukakan kepada para prospek anda yang berminat untuk membeli daripada anda. Mereka ini masih belum membeli daripada anda. Prospek anda boleh berada dikalangan para subscribers anda. Anda boleh bertanya kepada mereka dengan soalan-soalan berikut:
Minta maklum balas mereka mengenai newsletter atau ezine yang telah anda hantarkan kepada mereka.
Apakah topik-topik yang mereka ingin tahu dengan lebih mendalam?
Bagaimana anda boleh membuatkan mereka lebih gembira dan berjaya?

Percayalah, jika anda lebih banyak 'mendengar' dan bertanya kepada para pelanggan atau prospek anda berbanding hanya 'bersuara' memperkatakan kehebatan perniagaan anda, matlamat anda menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti akan tercapai.

Baiklah, itu saja perkongsian saya pada hari ini. Semoga kita semua memperoleh manfaat bersama. Jika anda ada sebarang pendapat, jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah ini.

19Dec/096

Boleh Ke Tulis Iklan Dengan Cepat?

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ni saya akan share dengan anda semua satu produk karya copywriter yang berpengalaman iaitu saudara Abdul Rahman. Produk ini adalah mengenai bagaimana anda boleh membuat surat jualan atau sales letter dan menulis iklan dengan cara yang mudah. Baiklah, saya akan kongsikan apakah yang terdapat pada produk ini.

Produk terdiri daripada video-video yang  mendedahkan bagaimana anda boleh mencipta surat jualan anda sendiri langkah demi langkah tanpa perlu mengupah sesiapa lagi. Apa yang bakal anda tonton adalah secara terus bagaimana beliau, Abdul Rahmad menunjukkan proses penulisan sales letter secara langkah demi langkah.

Dalam video-vdeo tersebut, apa yang anda tonton adalah secara praktikal, yakni pencipta produk menunjukkan secara terus bagaimana beliau menulis sales letter dengan berkesan menggunakan formula AIDA. Apa tu AIDA? Macam lawa je nama… Tapi ni bukan nama orang, ini adalah suatu formula rahsia dalam penulisan salesletter. Dalam video-video yang disediakan, anda bakal tahu apa yang terkandung dalam formula selepas anda mendapatkan produk ini. Jadi jangan lupa dapatkan  rahsia ini dari pakar.

Dan yang paling penting, apa yang diterangkan sangat mudah difahami. Dalam video-videonya, beliau tidak meleret benda-benda yang tak berfaedah. Apa yang diterangkan beliau adalah point-point penting dalam penulisan salesletter dan iklan yang berkesan dan mampu mengheret prospek untuk membeli.

Apa yang saya peroleh dari teknik beliau amat mudah saya fahami. Selama ni saya hanya guna teknik-teknik biasa saja dalam penulisan salesletter. Tapi lepas saya tahu teknik beliau, barulah saya faham ada lagi teknik yang boleh saya guna untuk memantapkan sales letter saya. Dalam produk ni juga, barulah saya tahu ada perkara saya selalu saya abaikan dalam penulisan iklan, iaitu menulis description produk. Selama ni saya hanya main tulis je description atau penerangan mengenai produk saya. Tapi melalui video beliau barulah saya tahu cara sebenar untuk menulis description mengenai produk yang saya hasilkan.

Jika anda semua nak tahu rahsia-rahsia hebat ini, adalah boleh dapatkannya di: http://tulisiklancepat.com .Pendek kata, lepas ni anda boleh jimatkan wang tanpa perlu mengupah mana-mana copywriter untuk menulis salesletter dan iklan produk a

Filed under: Review Produk 6 Comments
15Dec/094

Komitmen Mampu Mengekalkan Motivasi

Dalam mengejar apa jua impian dalam hidup ini, kita perlu ada komitment dan kesungguhan dalam usaha mencapai cita-cita tersebut. Dengan adanya komitmen, motivasi diri kita akan terus meningkat sehingga apa yang kita hajatkan itu membuahkan hasil. Tanpa komitmen yang bersungguh-sungguh apa jua matlamat yangkita inginkan tidak akan berjaya. Melakukan kerja sambil lewa akan membawa kesan yang buruk terhadap apa yang kita lakukan. Sebab itulah betapa pentingnya mengekalkan motivasi diri dengan memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa yang kita lakukan. Di sini saya akan kongsikan beberapa tips bagaimana untuk mewujudkan komitmen dalam sesuatu pekerjaan agar motivasi diri akan mendorong kita untuk mencapai kejayaan.

Mempunyai Semangat

Dalam apa jua pekerjaan, anda perlu mempunyai semangat. Ini akan memberi anda suatu motivasi dalam melakukan pekerjaan tersebut. Inilah sebenarnya “vitamin” untuk anda terus berjaya. Cara yang boleh anda  lakukan untuk bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara adalah dengan meminati apa yang anda lakukan. Carilah apa sahaja yang mampu membuatkan anda gembira sepanjang melakukan pekerjaan tersebut. Inilah yang akan memberi anda motivasi dan “kuasa” untuk terus melakukan pekerjaan itu tanpa rasa bosan dan jemu.

Fokus Pada Satu Perkara

Anda perlu terima hakikat bahawa sebagai seorang manusia, anda tidak dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa. Dengan memberi sepenuh perhatian terhadap satu perkara sahaja, anda akan dapat melaksankan tugas tersebut dengan sempurna. Sekiranya anda mempunyai pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan, lakukan satu per satu. Utamakan tugas yang lebih penting dahulu.  Cuba fokus kepada satu perkara sahaja agar apa yang anda inginkan itu dapat dicapai.

Mempunyai Perancangan
Ini merupakan satu perkara yang sangat penting. Dalam apa jua tindakan, anda perlu sediakan rancangan dan strategi. Barulah apa yang anda  inginkan dapat dicapai dengan jayanya. Fikirkanlah apa yang perlu dilakukan untuk mencapai apa yang dihajatkan itu.

Berikan Masa
Setiap pekerjaan yang anda lakuakn memerlukan masa untuk diselesaikan. Berilah peluang kepada diri sendiri untuk bekerja terhadap apa yang diimpikan. Caranya adalah dengan menetapkan tempoh masa untuk anda melaksankan pekerjaan tersebut. Dengan ini, ada akan melaksankan tugas anda dalam temph masa yang ditetapkan dan dapat menyelesaikannya mengikut apa yang telah dirancangkan.

Itu saja tips-tips yang dapat saya kongsikan untuk anda. Jika anda mempunyai sebarang point yang dapat ditambah, jangan lupa nyatakannya di ruangan komen.

Filed under: Motivasi 4 Comments
13Dec/098

Autoresponder Percuma? Katakan Tidak!

say-no

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pemasaran email merupakan salah satu cara terbaik bagi menjalankan pemasaran dan perniagaan internet. Namun,ada yang tidak tahu membuat keputusan sama ada menggunakan autoresponder berbayar atau percuma, termasuk saya sendiri. Hari ni, saya nak berkongsi pengalaman menggunakan autoresponder percuma dan penyesalam yang dialami.

Pada mulanya, saya berpendapat bahawa, kalau guna autoresponder percuma mula-mula ni takpe kot… Nanti list dah besar, baru langgan yang berbayar.Sebab itulah saya menggunakan skrip autoresponder percuma dan dipasang pada hosting. Saya telah memasang autoresponder yang saya fikir adalah yang terbaik. Namun, suatu masalah telah berlaku. Mula-mula email yang dihantar okay je masuk ke inbox subscriber. Setelah beberapa berlalu, barulah saya sedar bahawa email yang saya hantar memasuki kotak spam. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan server hosting yang saya pakai. Sebenarnya skrip percuma tersebut amat sesuai dipasang pada VPS atau dedicated server. Barulah tidak membawa masalah.

Setelah itu, saya mula membuat keputusan untuk melanngan autoresponder berbayar. Saya pun import semua list saya ke autoresponder baru. Namun, masalah mula timbul. Bukan semua list saya subscribe semula mailing list saya.

Pengajaran yang boleh saya pelajari di sini ialah, kalau betul-betul serius nak kumpul list, baik terus guna autoresponder berbayar. Masalah mungkin berlaku pada kita terutamanya list yang telah kita kumpul selama ini.

Kalau anda tak mampu langgan autoresponder Getresponse atau Aweber, cukuplah sekadar melanggan autoresponder lebih murah seperti Norabots. Namun, jika anda berpendapat menggunakan autoresponder percuma pada permulaan lebih baik, teruskanlah. Mungkin anda mempunyai alas an-alasan tertentu. Tapi, jika benar-benar serius dalam mengumpul list, adalah lebih baik guna yang berbayar. Jangan ulangi kesilapan yang telah saya lakukan.

10Dec/092

Minda Usahawan Internet Yang Berjaya

Assalamualaikum & salam sejahtera

Industri perniagaan internet semakin berkembang. Ramai usahawan-usahawan internet baru dilahirkan selaras dengan kemajuan teknologi maklumat. Bukan itu saja, semakin ramai yang terbuka matanya untuk menceburi perniagaan internet ini. Namun, sebelum mereka melibatkan diri dalam perniagaan internet ini, mereka harus set minda mereka agar selaras dengan minda seorang usahawan internet yang akan Berjaya. Artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua apakah cirri-ciri minda usahawan internet yang sebenar.

Sanggup Melabur Untuk Diri Sendiri

Maksud melabur di sini bukanlah melabur wang semata-mata. Pelaburan ini juga termasuk pengorbanan masa dan tenaga dalam usaha mencari ilmu tentang perniagaan internet serta menjalankan perniagaan tersebut. Sebagai usahawan internet yang berjaya, anda harus berani melaburkan wang untuk mendalami ilmu perniagaan perniagaan sama ada membeli ebook/buku, personal coaching atau seminar perniagaan internet.  Selian itu, anda juga harus sanggup melaburkan wang untuk menjalankan perniagaan internet seperti membeli web hosting atau mengupah orang mencipta produk. Jika anda tidak sanggup melaburkan wang, lupakan dulu perniagaan internet buat sementara waktu. Di samping wang, pelaburan masa dan tenaga juga perlu ada pada diri anda. Anda perlu luangkan masa dengan belajar dan terus belajar mengnai perniagaan internet. Seseungguhnya ilmu yang anda perolehi itu akan berguna suautu masa nanti.

Sanggup Bekerjasama
Dalam perniagaan internet, anda harus menerima hakikat bahawa anda tidak mampu menjalankan perniagaan internet anda seorang diri. Anda perlukan kerjasama daripada usahawan-usahawan internet yang lain. Ini termasuklah hubungan kerjasama melalui JV partner dan juga agen affiliate. Walaupun anda perlu berkongsi keuntungan dengan mereka, anda tidak perlu risau kerana perkongsian ini akan membawa kebaikan kepada anda dalam jangka masa yang panjang. Jika anda berfikiran bahawa jika anda membuka pendaftaran affiliate, anda terpaksa berkongsi keuntungan dan menerima keuntungan yang sedikit, ini merupakan suatu pemikiran yang salah. Seperti yang saya katakan, anda memerlukan kerjasama orang lain dalam menjayakan projek yang anda jalankan. Selain mendapatkan kerjasama orang lain, anda juga perlu memberi kerjasama kepada mereka. Ini dapat membentuk satu hubungan persahabatan dalam kalangan usahawan-usahawan internet.

Itu sahaja dahulu mind set yang perlu anda tetapkan dalam minda anda. Jika diizinkan-Nya , saya akan tambah lagi info-info yang berkaitan pada masa hadapan. Untuk menjadi usahawan internet, anda tidak boleh memikirkan mengenai keuntungan jangka masa pendek semata-mata. Anda perlu merancang agar perniagaan internet yang anda jalankan akan mendatangakan kesan baik dalam jangka masa yang panjang.