Dr Zairi Zaidi, PhD (IT)
Nama saya Zairi. Saya asalnya dilahirkan normal sepertimana insan lain. Namun, ketika berusia 6 tahun, suatu peristiwa yang mengubah hidup saya buat selamanya telah berlaku. Kedua-dua belah mata saya disahkan dijangkiti kuman. Akibatnya, saya kehilangan sebahagian penglihatan, di mana penglihatan saya menjadi terhad dan menyukarkan saya menjalani kehidupan seperti orang lain.
Dari situ bermulalah kehidupan saya sebagai seorang OKU Penglihatan. Berbekalkan keupayaan yang berbaki dan semangat untuk mencapai impian dan cita-cita, Dari sinilah saya pelajari bahawa, untuk kita mencapai kejayaan, kekuatan dalaman amatlmat penting untuk kita atasi sebarang cabaran hidup. Secara fizikal, saya nampak seperti insan lain. Namun, hakikatnya, saya mempunyai cabaran penglihatan.
Semenjak kanak-kanak dan remaja lagi, saya sangat menekankan kejayaan dalam akademik. Bagi saya ketika itu, kejayaan dalam akademik adalah tiket untuk kejayaan yang lebih besar.
Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah dari Maktab Sultan Ismail, saya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik gunaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Di sinilah bermulanya perjalanan akademik saya di peringkat pengajian tinggi di mana saya membina kemahiran analitik bagi penyelesaian masalah melalui kaedah matematik. Walau pelbagai cabaran ditempuhi sebagai pelajar OKU Penglihatan, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan Bachelor’s of Science in Management Mathematics.
Telah menjadi impian saya sejak dibangku sekolah lagi untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Walaupun saya sedari cabaran yang akan ditempuhi jika saya berada di luar negara sebagai OKU, saya tetap kuatkan semangat untuk mencuba dan merasai pengalaman yang dirasai oleh orang lain.
Saya terbang ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian saya di peringkat sarjana dengan mendalami cabang matematik gunaan yang lebih dalam. Pengalaman menuntut ilmu di luar negara bukan sahaja meluaskan pengetahuan saya, malah memberikan saya perspektif yang lebih luas tentang apa yang berlaku di luar kepompong kita.
Saya tamat pengajian di peringkat sarjana dari London School of Economics dengan membawa pulang Master’s of Science in Management Science (Operational Research).
Setelah menamatkan pengajian di peringkat sarjana, saya menyambung pula pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti asal Australia yang mempunyai kampus di Malaysia. Bebekalkan pengetahuan dan kemahiran dari peringkat pengajian sebelumnya, saya menjalankan penyelidikan dalam aplikasi kepintaran buatan (AI) untuk sistem keselamtan telefon pintar. Saya berjaya menamatkan penyelidikan tersebut dan dianugerakan PhD in IT dari Monash University.
Thesis PenerbitanSaya kemudiannya menubuhkan Zynnex Technologies. Ia meruapakan sebuah penyedia solusi digital yang mengfokuskan kepada usahawan SME dalam proses mereka menmpersiapkan diri dalam mengharungi dunia digital yang kian pesat berkembang.