
FuhyooFM… Sebut Betul-Betul…
Kali ni saya nak bercerita mengenai satu radio online Malaysia yang pertama iaitu FuhyooFM (sebut betul-betul… Fuhyoo bukan puyuh). Siaran radio ini hanya boleh didapati menggunakan internet sahaja. Lihatlah, betapa berkembangnya dunia internet sekarang ni. Sampaikan radio yang yang hanya menggunakan talian internet pun dah ada kat Malaysia. Tak tahu apa pula lepas ni yang hanya menggunakan internet sebagai mediumnya.
Saya dapat tahu mengenai radio online ini daripada saudara SmartZul dan juga Rohaizad yang sentiasa menghebohkan-hebohkan mengenainya sewaktu di awal pnubuhan radio online ini. Kali pertama saya mendengarnya pula adalah pada malam tahun baru 2010 dengan kehadiran beberapa Internet Marketer dan juga blogger-blogger tempatan. Sungguh seronok rasanya pada masa tu dapat mengenal nama-nama blogger tempatan dan kisah-kisah mereka. Sempat juga saya membuat permintaan lagu dan juga menyampaikan ucapan tahun baru menerusi siarannya pada masa tu.
Baiklah, apa sebenarnya FuhyooFM ni?
Seperti yang saya katakan di atas, FuhyooFM merupakan radio online Malaysia yang pertama di mana siarannya hanya boleh didapati melalui internet. Ia merupakan satu produk milik Fitrah Media Enterprise, sebuah syarikat yang mengendalikan kursus dan khidmat nasihat untuk program kokurikulum Kelab Media dan Radio Sekolah. Ini merupakan satu program kokurikulum yang bertujuan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dan menengah kebangsan di samping meningkatkan modal insan pelajar dalam bidang pendidikan. Melaui program ini pelajar didedahkan kepada bidang penyiaran dan sebab itulah DJ-Djnya turut terdiri daripada golongan remaja.
Ini merupakan wajah-wajah DJ radio FuhyooFM yang hensem-hensem dan lawa-lawa.
Seperti yang saya katakan, mereka juga terdiri daripada golongan-golongan remaja yang sudah mula berjinak-jinak dalam dunia penyiaran pendidikan. Hebat betul mereka ni.
Baiklah, habis cerita mengenai FuhyooFM dan DJ-Djnya. Sekarang saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana caranya untuk mendengar siaran radio ini. Apa yang penting adalah sambungan talian internet. Tanpa talian internet anda tidak dapat mendengar radio ini. Terdapat beberapa cara untuk mendengar siaran radio ini. Saya akan terangkan antara cara yang saya gunakan.
1. Melalui laman web FuhyooFM.
Layari laman web FuhyooFM di http://www.fuhyoofm.com .

Sekiranya anda dapat melihat player FuhyooFM, kilk button play untuk mendengar. Manakala jika anda tidak dapat melihat playernya, anda perlu install plugin Windows Media Player di browser anda. Untuk install plugin Firefox, KLIK DI SINI.
2. Memasang toolbar Fuhyo FM
Klik button Free Download di bawah untuk install toolbar tersebut.
Setelah itu, klik pada Install Now untuk install toobar tersebut. Selepas installation berjaya, restart browser anda dan anda kini sudah dapat lihat toolbar FuhyooFM pada bahagian atas browser anda.

Berikut pula merupakan toolbar FuhyooFM. Klik pada button play untuk mendengar siaran radio tersebut. Selain tu, anda juga boleh menggunakan toolbar ni untuk berchating dengan pendengar-pendengar lain. Jangan lupa explore fungsi-fungsi yang pada pada toolbar ni ya.
![]()
3. Mendengar di blog
Anda juga boleh mendengar siaran radio ini di mana-mana blog yang mempunyai player FuhyooFM. Anda juga boleh memasang player tersebut di blog anda sendiri. Hanya perlu copy dan paste sahaja code di bawah pada mana-mana bahagian blog anda terutama bahagian sidebar.
<object classid="clsid:6bf52a52-394a-11d3-b153-00c04f79faa6" width="300" height="150" codebase="http://activex.microsoft.com/activex/controls/mplayer/en/nsmp2inf.cab#Version=5,1,52,701"><param name="stretchtofit" value="true" /><param name="url" value="http://174.120.183.111:8000" /><param name="src" value="http://174.120.183.111:8000" /><embed type="application/x-mplayer2" width="450" height="150" src="http://174.120.183.111:8000" url="http://174.120.183.111:8000" stretchtofit="true"></embed></object>
Playernya nanti akan kelihatan sepertimana di bahagian sidebar blog saya ni.
4.Mendengar di Windows Media Player
Ini merupakan cara kegemaran saya. Disebabkan saya selalu mendengar lagu-lagu kegemaran saya menggunakan Windows Media Player, maka saya lebih suka mendengar radio ini menggunakan perisian ini sahaja.
Apa yang anda lakukan adalah kilik pada File > Open URL … dan masukkan URL ini http://174.120.183.111:8000 dan klik OK.

Nampaknya lepas ni sambil buat kerja-kerja online dapatla juga hiburkan hiburkan hati anda dengan lagu-lagu di FuhyooFM. Jangan sampai hilang fokus sudahlah…
Siaran yang paling saya minat dekat FuhyooFM ialah Dunia IE di mana kita dapat mendengar suara-suara para bloggers tempatan berkongsi ilmu dan perbicangan mengenai dunia keusahawan internet. Anda boleh mendengar siaran ini pada hari Khamis jam 12.00 tengah hari dan juga ulangannya pada hari Rabu jam 2.00 petang.

Saya harap radio FuhyooFM dapat mencapai matlamatnya sebagai sebuah radio online Malaysia yang pertama. Dan diharap anda semua juga sentiasa menyokong radio ini sehingga mereka mampu memberikan yang terbaik kepada kita semua.
So, apa pendapat anda?
Subscribe to my RSS feed


Ebook Percuma: Tips Web Hosting






















February 8th, 2010 - 14:29
Salam Zairi, sy harap jika ada kelapangan datanglah ke Fuhyoofm ni, boleh la berkongsi pengalaman anda..
February 8th, 2010 - 14:46
Wassalam ZAIRIzad…
Konti FuhyooFM jauh tu.. Kat Johor…
Ekekeke