
Bagaimana Nak Memulakan Blog?
Assalamualaikum & salam sejahtera
Ramai yang dah tahu blog boleh menghasilkan duit. Tapi, nak mula berblog macam mana pula? Mesti agak sukar bukan? Biasala nak mulakan sesuatu perkara. Kali ni saya nak berkongsi bagaimana nak mula berblog atau blogging. Di internet ni banyak topik yang boleh dibincangkan dalam blog. Saya akan kongsikan tiga cara mudah bagi memulakan blog yang baru.
Minat Diri
Ya. Cara yang mudah adalah kenal pasti apakah minat anda. Apa yang anda suka dan apa yang anda tahu. Kalau tulis benda yang anda tak minat dan tak tahu langsung mesti susah, kan? Tambahan pula, hasil tulisan mesti jadi teruk. Dan seterusnya pembaca bosan dan terus tinggalkan blog tanpa kembali lagi. So, anda perlu fikir, apa yang anda minat. Takkan tak tahu minat sendiri kot. Fikir dalam-dalam dan catatkannya.
Minat Orang Lain
Seterusnya pastikan topik blog anda tu diminati orang lain atau dengan kata lain permintaan. Mesti seronok berkongsi sesuatu yang anda dan pembaca minat, betul tak? Sama lah macam borak-borak dengan kawan-kawan kat kedai kopi atau rakan yang sama hobi dengan anda. Benda yang sama-sama minat dan boleh bertukar pendapat. Menarik bukan? So, anda kena tahu topik blog anda tu anda permintaanya atau tidak. Macam mana nak tahu? Senang je. Cara yang saya selalu guna adalah guna Google AdWords: Keyword Tool. Cuma masukkan kata kunci atau keyword. Di situ, anda boleh lihat bilangan yang mencari keyword sesuatu topik. Anda juga boleh kenal pasti persaingan yang ada.
Persaingan
Biasanya, kalau topik tu hangat mesti banyak blog pasal topik tersebut. Kalau anda baru saja bina blog yang berkaitan dengan topik hangat tersebut, anda terpaksa bersaing dengan blog-blog lain. Di sinilah anda perlu menggunakan kreativiti masing-masing. Kalau lah anda tak sanggup nak bersaing, anda boleh kecilkan topik blog anda. Contohnya, anda minat gajet, anda kecilkan topik tersebut jadi topik telefon bimbit dan anda kecilkan lagi topik jadi telefon bimbit Sony Ericsson (contoh je). Dan anda boleh tulis pasal handphone terbaru dari Sony Ericsson. Nak kecilkan lagi topik ni? Erm.. Boleh juga buat pasal assesories telefon bimbit Sony Ericsson. Terpulang kepada anda. Ni Cuma contoh jet au.
Itu sahajalah yang dapat saya kongsikan kali ni. Harap info ni serba sedikit boleh membantu mereka-mereka yang nak berjinak-jinak dengan blog. Kalau anda ada apa-apa yang nak tambah, boleh tulis kat ruangan komen.
P/S: Dapatkan ebook Soal Jawab Blogger secara PERCUMA. KILIK DI SINI SEKARANG.
Subscribe to my RSS feed


Ebook Percuma: Tips Web Hosting



















May 13th, 2009 - 04:55
salam zairi zaidi…
cantek nama bro tu.. zz..
pasal blog ni, aku citer ttg aku sket eh. why aku buat blog.
aku blog ni sebab nak kongsi pengalaman aku berkenaan dengan web developer & web designing.
memang bukan blogging for money. tapi just for self satisfaction. aku pun ada jugak blog yang blogging for money. cthnya promote affiliate, review, n adsense.
tapi semua tu dah lama tak update. komisen pun dapat cket2 je.. sebab skrg ni aku tumpukan perhatian dalam blog berbahasa ibunda kita, bahasa MALAYA…hehe..
so, niche blog aku skrg ni lebih kpd designing n web developer. di malaysia skrg ni, aku rasa kurang org wat blog niche ni.. mayb sebab tak berapa profiting sgt..
p/s: salam kenal dari aku, baloot (wc & sifoo.com)
May 13th, 2009 - 15:28
Salam bro baloot
Dan selamat berkenalan
Thanks for sharing pengalaman bro
May 22nd, 2009 - 15:04
Salam.
pendapat saya, buat blog dengan minat sendiri lebih mudah. Sebab kita sendiri akan bersemangat untuk berceloteh tentang perkara yg kita minat tu.
Regard.
May 22nd, 2009 - 20:10
tu memang saya setuju
June 3rd, 2009 - 02:50
mmg dgn minat mmg leh gi lama dalam blogging. kalau pikir pasal duit je letih skit la kalau tumpu pasal benda yang kita kurang tau. dalam 15 posts je dah kering idea pastu kena melancong ke sana ke mari cari idea. huhu kira masuk dalam kategori “minat orang lain” la
June 3rd, 2009 - 07:23
Boleh jugak sebenarnya buat blog untuk duit.”Duit” tu sebagai motivasi untuk terus berusaha. Tapi jangan terlampau mata duitan sudah la
June 15th, 2009 - 18:15
satu post yang menarik. aku pon dah ade blog. memang banyak kelebihan bog. sambil tu aku boleh niaga produk melalui blog.
June 15th, 2009 - 18:18
tu dia…
July 6th, 2009 - 08:25
aku setuju sgt dengan ape yg ko tuligh tu..amatlah bernas. faktor2 diatas mmglah perlu tika membina blog. aku naktambah 1 lagi pasal “masa”. xd masa so xd blog..setuju x?
July 6th, 2009 - 17:46
Betul tu…
Masa memang penting…
July 28th, 2009 - 10:02
salam..sronok juga ada blog mcm u all tp sya ni x reti nk mula di ruangan mana nk chat pn x tahu ngan sape
July 28th, 2009 - 17:20
Memang best!
Kalau nak buat senang je.
August 11th, 2009 - 12:32
Assalamualaikum. Seronok saya baca info2 di blog ini. Memang bermanfaat untuk blogger baru seperti saya.
Salam perkenalan dan selamat menyambut Ramadhan
August 12th, 2009 - 17:13
Waalaikumussalam…
Salam perkenalan.
Terima kasih kerana sudi datang
December 4th, 2009 - 07:24
salam bro..
sy bru kt cni..
trimas ngn idea bro cmne nk tulis blog.. sy pn bru je start..
harap dpt timba ilmu dari bro..
salam perkenalan..
December 4th, 2009 - 10:09
Sama2 lah kita belajar…