
Autoresponder Percuma? Katakan Tidak!

Assalamualaikum & salam sejahtera
Pemasaran email merupakan salah satu cara terbaik bagi menjalankan pemasaran dan perniagaan internet. Namun,ada yang tidak tahu membuat keputusan sama ada menggunakan autoresponder berbayar atau percuma, termasuk saya sendiri. Hari ni, saya nak berkongsi pengalaman menggunakan autoresponder percuma dan penyesalam yang dialami.
Pada mulanya, saya berpendapat bahawa, kalau guna autoresponder percuma mula-mula ni takpe kot… Nanti list dah besar, baru langgan yang berbayar.Sebab itulah saya menggunakan skrip autoresponder percuma dan dipasang pada hosting. Saya telah memasang autoresponder yang saya fikir adalah yang terbaik. Namun, suatu masalah telah berlaku. Mula-mula email yang dihantar okay je masuk ke inbox subscriber. Setelah beberapa berlalu, barulah saya sedar bahawa email yang saya hantar memasuki kotak spam. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan server hosting yang saya pakai. Sebenarnya skrip percuma tersebut amat sesuai dipasang pada VPS atau dedicated server. Barulah tidak membawa masalah.
Setelah itu, saya mula membuat keputusan untuk melanngan autoresponder berbayar. Saya pun import semua list saya ke autoresponder baru. Namun, masalah mula timbul. Bukan semua list saya subscribe semula mailing list saya.
Pengajaran yang boleh saya pelajari di sini ialah, kalau betul-betul serius nak kumpul list, baik terus guna autoresponder berbayar. Masalah mungkin berlaku pada kita terutamanya list yang telah kita kumpul selama ini.
Kalau anda tak mampu langgan autoresponder Getresponse atau Aweber, cukuplah sekadar melanggan autoresponder lebih murah seperti Norabots. Namun, jika anda berpendapat menggunakan autoresponder percuma pada permulaan lebih baik, teruskanlah. Mungkin anda mempunyai alas an-alasan tertentu. Tapi, jika benar-benar serius dalam mengumpul list, adalah lebih baik guna yang berbayar. Jangan ulangi kesilapan yang telah saya lakukan.
Subscribe to my RSS feed


Ebook Percuma: Tips Web Hosting



















December 22nd, 2009 - 16:29
boleh aje gunakan yang percuma. Tapi kena carilah hosting yang benarkan.
December 22nd, 2009 - 16:40
huhu… saya dah tak berani pakai…
tapi biasanya hosting tak bagi, sebab guna banyak resource.
December 23rd, 2009 - 10:40
Gunalah Norabots kalo tak mampu nk langgan Aweber dan Getrespons..
Sokong bro
December 23rd, 2009 - 11:03
betul2. norabots dalam rm35 je sebulan…
December 31st, 2009 - 23:05
Autoreponder percuma ni berisiko. Tak semua hosting benarkan pasang autoresponder kat hosting. lagi2 shared hosting. Lebih baik langgan je yang berbayar. Norabots baru RM35 jer. Berbaloi rasanya daripada kita hilang subsciber
December 31st, 2009 - 23:07
Ha’ah.
Betul tu bro.
Saya dah serik dah…
January 28th, 2010 - 11:27
macam mana nak tengok samada hosting tu benarkan kita pasang autoresponder percuma kat hosting tu ke tidak>
January 28th, 2010 - 11:40
caranya dengan baca terma dan syarat yang diorang teetapkan.
tak pun, boleh terus rujuk diorang dengan hubungi mereka