Nak Tulis Apa Ya Di Blog?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di pagi Khamis yang indah ni, dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi dengan para pembaca blog ini. Hari ni saya nak ke sekolah lama saya, nak ambil cop pengesahan pihak sekolah. Biasalah budak nak masuk U. Macam-macam benda perlu disahkan.

Okaylah, berbalik kepada tajuk post ini. Apa yang perlu anda tulis di blog? Masalah inilah yang sering dihadapi oleh para blogger di mana sesetengah blogger tak tahu nak tulis apa di blog. Blog dah ada, tapi kadang-kadang tak tahu nak tulis apa.

Ini antara tips yang boleh digunakan dalam penulisan di blog.

Catatan Peribadi

Bagi saya, tidak ada salahnya jika anda menulis mengenai kehidupan peribadi anda di blog. Tulis sesuatu yang anda rasakan menarik untuk dikongsikan bersama pembaca blog anda. Buatkan mereka merasa diri mereka begitu dekat dengan anda. Anggap mereka seperti rakan anda. Ini dapat membuatkan mereka berasa dekat dengan anda dan mula mengenali anda yang sebenanrnya.

Mengenai Dunia Pekerjaan

Sekiranya blog anda adalah mengenai kepakaran anda, tips ini boleh diaplikasikan dalam penulisan blog anda. Tulislah mengenai kehidupan anda dalam dunia pekerjaaan. Ini dapat meningkatkan kredibiliti diri anda dalam kepakaran anda itu.

Perkara Yang Telah Dipelajari

“Sharing is caring”. Tidak ada salahnya jika anda berkongsi apa yang telah anda pelajari. Kongsilah dengan pembaca blog anda sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Manalah tahu, apa yang anda tulis itu adalah penyelesaian terhadap masalah pembaca blog anda.

Ebook Rahsia Bisens Gaya Pos Dilancarkan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ebook ini sebenarnya dah dilancarkan pada 1 Mei lalu. Namun, saya tidak sempat umumkannya di blog ini. Saya hanya sempat umumkannya kepada mailing saya sahaja.

Dengan ini, saya mengumumkan bahawa ebook Rahsia Bisnes Gaya Pos dilancarkan…

Apa yang bakal anda pelajari melalui ebook ini?

Pelancaran Semula…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada suatu ketika dahulu, saya pernah melncarkan suatu iaitu ebook Rahsia Bisnes Gaya Pos, satu panduan perniagaan dari rumah melalui perniagaan gaya pos. Namun, jualannya ditutup kerana pada masa itu saya tidak dapat menguruskan penjulannya.

Namun, saya telah mengambil keputusan untuk melancarkan semula ebook ini. Isi kandungannya masih sama seperti dulu. Dan yang pasti, ianya adalah satu panduan untuk mereka yang ingin menjlankan bisnes dari rumah.

Mari Buat Duit Dengan Produk-Produk RR, MRR dan PLR!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Korang pernah dengar tak apa tu produk RR, MRR dan PLR? Kalau belum saya nak share dengan korang. Klik di bawah untuk lebih lanjut:

http://www.zairizaidi.com/bisnesinternet/

Saya telah menyediakan beberapa siri email di mana saya berkongsi dengan korang mengenai perniagaan internet tanpa proudk mencipta produk sendiri sebaliknya dengan hanya menjual produk-produk RR, MRR dan PLR.

Peribadi Usahawan Internet Yang Berjaya

Masyarakat kini semakin sedar kepentingan mempunyai sumber pendapatan tambahan malah ada yang hanya menjadi usahawan yang menjana pendapatan dari internet sebagai kerjaya utama. Benarkah seseorang itu boleh memulakan perniagaan hanya dari rumah dan menggunakan internet sahaja? Jawapannya BOLEH. Memang sesiapa pun boleh memulakan perniagaan dari rumah. Samada jiran anda, mak cik, pak cik , rakan sekerja, mereka semuannya boleh. Tapi bukan semuanya mampu terus membina, mengembangkan dan mengekalkan perniagaan tersebut. Ada dua perkara berbeza di sini. Memulakan dan membina perniagaan internet adalah dua perkara yang berbeza.

Apa yang kita harus lakukan untuk terus memajukan perniagaan kita ini? Kita memerlukan ciri-ciri seorang usahawan yang sejati. Ciri-ciri ini boleh ditanam dan dipupuk walaupun pada asalnya kita tidak mempunyainya.

Ini merupakan antara langkah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pengurusan Kewangan.
Para usahawan sentiasa mengetahui berapa banyak wang yang mereka ada dan tahu nilai dan kos bagi sesuatu perkara. Ini penting supaya mereka boleh mengawal segala aliran perbelanjaan, pendapatan dan mengetahui keuntungan yang mereka perolehi agar perniagaan dapat diteruskan.

Mempunyai Sifat Tidak Mudah Mengalah.
Mereka ini suka bersaing. Tidak pernah kenal putus asa dan sukakan cabaran untuk bersaing. Sesetengah daripada mereka ini sewaktu di sekolah atau kolej dahulu aktif dalam pertandingan sukan. Ada juga yang bersemangat dalam pelajaran untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang supaya mereka dapat menjadi kebanggaan ibu bapa dan para guru mereka. Sifat beginilah amat penting bagi seorang usahawan.

Mengamalkan Gaya Hidup Yang Sihat.
Mereka makan makanan yang sihat dan mendapat tidur yang cukup supaya tenaga yang terhasil dapat disalurkan untuk aktiviti-aktiviti produktif dan mendatangkan hasil yang positif. Mereka jarang sekali pergi melepak membuang masa di luar tanpa sebarang tujuan.

Berani Mengambil Risiko.
Seorang usahawan yang menjalankan perniagaan di internet tidak gentar dengan apa jua risiko yang bakal mereka hadapi. Risiko yang diambil boleh sekecil-kecil hanya dengan membeli ruangan iklan di blog-blog yang bertrafik tinggi sehingga meletakkan iklan di akhbar-akhbar tempatan yang berharga ratusan ringgit. Tanpa sifat begini amat susah untuk anda membina perniagaan anda.

Sentiasa Mempunyai Idea-idea Baru
Mereka selalu memikirkan dan mencari idea dan cara baru untuk menambah pendapatan perniagaan mereka. Minda mereka sentiasa terbuka dengan idea-idea baru yang boleh mereka terus cuba aplikasikan dalam kehidupan sebenar mereka.

Bekerja Secara Beretika
Usahawan yang sejati sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka dan bekerja dalam keadaan yang beretika dan penuh telus. Mereka akan berpegang pada setiap janji dalam setiap urusan bersama pihak-pihak yang terlibat dalam kerja mereka.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri di atas? Jangan lupa tinggalakan komen ye.