Nak Tulis Apa Ya Di Blog?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di pagi Khamis yang indah ni, dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi dengan para pembaca blog ini. Hari ni saya nak ke sekolah lama saya, nak ambil cop pengesahan pihak sekolah. Biasalah budak nak masuk U. Macam-macam benda perlu disahkan.

Okaylah, berbalik kepada tajuk post ini. Apa yang perlu anda tulis di blog? Masalah inilah yang sering dihadapi oleh para blogger di mana sesetengah blogger tak tahu nak tulis apa di blog. Blog dah ada, tapi kadang-kadang tak tahu nak tulis apa.

Ini antara tips yang boleh digunakan dalam penulisan di blog.

Catatan Peribadi

Bagi saya, tidak ada salahnya jika anda menulis mengenai kehidupan peribadi anda di blog. Tulis sesuatu yang anda rasakan menarik untuk dikongsikan bersama pembaca blog anda. Buatkan mereka merasa diri mereka begitu dekat dengan anda. Anggap mereka seperti rakan anda. Ini dapat membuatkan mereka berasa dekat dengan anda dan mula mengenali anda yang sebenanrnya.

Mengenai Dunia Pekerjaan

Sekiranya blog anda adalah mengenai kepakaran anda, tips ini boleh diaplikasikan dalam penulisan blog anda. Tulislah mengenai kehidupan anda dalam dunia pekerjaaan. Ini dapat meningkatkan kredibiliti diri anda dalam kepakaran anda itu.

Perkara Yang Telah Dipelajari

“Sharing is caring”. Tidak ada salahnya jika anda berkongsi apa yang telah anda pelajari. Kongsilah dengan pembaca blog anda sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Manalah tahu, apa yang anda tulis itu adalah penyelesaian terhadap masalah pembaca blog anda.

Tips dan Tutorial

Jika anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, inilah peluang anda untuk meningkatkan kredibiliti diri anda dalam bidang tersebut. Berikan pembaca anda tips dan panduan dalam sesuatu topic. Yang penting ianya bermanfaat.

Moga-moga post kali ni bermanfaat untuk anda semua. Apa yang penting di sini adalah pastikan entri blog anda itu masih tidak lari dari topic asal blog anda. Jangan pula bercerita sesuatu yang tak ada kaitan langusng dengan blog anda ya.

P/s: Kalau ada apa-apa yang nak tambah, jangan lupa postkan di ruangan comment.

P/P/S: Jangan lupa download percuma ebook Soal Jawab Blog DI SINI

Artikel Berkaitan


Dapatkan post-post terbaru terus ke email anda

Name:
Email:


Sistem Bulk SMS: Yuran Pendaftaran Seumur Hidup RM50 (Pakej RM50)
Jana Wang Dengan Blog
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN

You can leave a response, or trackback from your own site.

Facebook comments:

7 Responses to “Nak Tulis Apa Ya Di Blog?”

  1. Salam..

    Saya setuju dgn post anda, tetapi sebaik-baik blogger tersebut harus mempunyai niche yg sendiri bg menarik minat pembaca dan sasaranya. Jika bg blogger yg baru saya cadangkan menulis mengenai personal tip atau life..

    Tq

    • Zairi ZaidiNo Gravatar says:

      Wassalam…

      Yer, betul pakar blogger. Sebab itu saya sarankan agar apa yang ditulis itu tidak lari dari niche asal blog

  2. zikNo Gravatar says:

    wah betul juga ya…kalau cerita mengenai isu semasa pun boleh juga kot.. tapi kena buat gaya persembahan yang tersendiri la..

  3. PakOsuNo Gravatar says:

    Salam kenal dari Jakarta.
    Semoga sukses masuk U
    Salam

  4. Zaidi RasminNo Gravatar says:

    memang kadang2 amat susah untuk memulakan penulisan. Ada yang kata, elok untuk memulakan penulisan di awal pagi kerana pada ketika itu akal kita masih lg fresh.. tp bergantung juge, iye tak.. kalau buat full time boleh laa.. huhu… ape2 pun, keep up the good work..

Leave a Reply