Mengenai Penulis

Hai, Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda sudi datang ke blog saya ini. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Ahmad Zairi bin Zaidi atau lebih dikenali sebagai Zairi Zaidi. Saya dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Julai 1992 dan kini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Saya merupakan pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan di bawah program Diploma Sains Kuantitatif.

Saya mula mengenali perniagaan internet pada akhir tahun 2007 iaitu apabila saya tertarik dengan sebuah ebook panduan menjana pendapatan di internet lalu saya membelinya. Dalam ebook tersebut, penulis mengajar bagaimana menjana pendapatan dengan menjual ebook dan juga affiliate marketing. Itulah dua perkara yang saya mula-mula saya kenal. Ebook tersebut juga disertakan dengan lesen MRR di mana saya dibenarkan untuk menjualnya semula. Dengan itu, bermulalah pengembaraan saya dalam dunia perniagaan internet dengan menjual ebook tersebut. Selepas itu, saya mengnali pula dunia blogging. Maka, lahirlah beberapa blog yang saya bangunkan sendiri.

Pada tahun 2010, iaitu ketika saya berusia 18 tahun, saya telah mengasaskan NetSkyze Network iaitu merupakan perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bernombor pendaftaran 002004702-K.

Itulah serba sedikit pengenalan dari saya. Jangan lupa selalu singgah ke blog ini dan saya juga mengharapkan sokongan dan doa anda untuk saya terus berjaya dalam apa yang saya kerjakan.

~ Zairi Zaidi