Komitmen Mampu Mengekalkan Motivasi
- Posted by Zairi Zaidi
- on Dec, 15, 2009
- in Motivasi
- Blog 4 Comments.
Dalam mengejar apa jua impian dalam hidup ini, kita perlu ada komitment dan kesungguhan dalam usaha mencapai cita-cita tersebut. Dengan adanya komitmen, motivasi diri kita akan terus meningkat sehingga apa yang kita hajatkan itu membuahkan hasil. Tanpa komitmen yang bersungguh-sungguh apa jua matlamat yangkita inginkan tidak akan berjaya. Melakukan kerja sambil lewa akan membawa kesan yang buruk terhadap apa yang kita lakukan. Sebab itulah betapa pentingnya mengekalkan motivasi diri dengan memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa yang kita lakukan. Di sini saya akan kongsikan beberapa tips bagaimana untuk mewujudkan komitmen dalam sesuatu pekerjaan agar motivasi diri akan mendorong kita untuk mencapai kejayaan.
Mempunyai Semangat
Dalam apa jua pekerjaan, anda perlu mempunyai semangat. Ini akan memberi anda suatu motivasi dalam melakukan pekerjaan tersebut. Inilah sebenarnya “vitamin” untuk anda terus berjaya. Cara yang boleh anda lakukan untuk bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara adalah dengan meminati apa yang anda lakukan. Carilah apa sahaja yang mampu membuatkan anda gembira sepanjang melakukan pekerjaan tersebut. Inilah yang akan memberi anda motivasi dan “kuasa” untuk terus melakukan pekerjaan itu tanpa rasa bosan dan jemu.
Fokus Pada Satu Perkara
Anda perlu terima hakikat bahawa sebagai seorang manusia, anda tidak dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa. Dengan memberi sepenuh perhatian terhadap satu perkara sahaja, anda akan dapat melaksankan tugas tersebut dengan sempurna. Sekiranya anda mempunyai pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan, lakukan satu per satu. Utamakan tugas yang lebih penting dahulu. Cuba fokus kepada satu perkara sahaja agar apa yang anda inginkan itu dapat dicapai.
Mempunyai Perancangan
Ini merupakan satu perkara yang sangat penting. Dalam apa jua tindakan, anda perlu sediakan rancangan dan strategi. Barulah apa yang anda inginkan dapat dicapai dengan jayanya. Fikirkanlah apa yang perlu dilakukan untuk mencapai apa yang dihajatkan itu.
Berikan Masa
Setiap pekerjaan yang anda lakuakn memerlukan masa untuk diselesaikan. Berilah peluang kepada diri sendiri untuk bekerja terhadap apa yang diimpikan. Caranya adalah dengan menetapkan tempoh masa untuk anda melaksankan pekerjaan tersebut. Dengan ini, ada akan melaksankan tugas anda dalam temph masa yang ditetapkan dan dapat menyelesaikannya mengikut apa yang telah dirancangkan.
Itu saja tips-tips yang dapat saya kongsikan untuk anda. Jika anda mempunyai sebarang point yang dapat ditambah, jangan lupa nyatakannya di ruangan komen.
Mengenai Penulis
Zairi Zaidi
Zairi Zaidi merupakan usahawan Internet yang menjalankan perniagaan di Internet secara sambilan dan ketika ini masih lagi bergelar sebagai seorang mahasiswa.
Ahmad
Zairi bin Zaidi atau Zairi Zaidi merupakan seorang usahawan Internet dan juga merupakan
mahasiswa universiti yang kini sedang berjuang dalam membina empayar perniagaannya
serta menjadi seorang usahawan dan jutawan muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.
>> baca selanjutnya
Sahabat Blogger
- Ammar Zahar
- Faizal Hamid
- Ijamidayu
- Kasimo
- Mohd Amirol
- Nik
- Perniagaan Internet
- Rahman Basri
- Rahsia Jamal
- Shamsuriyadi
- SmartUsaha
- Strategi Blog
- Team Flarebiz
- Yoji
- Zaki Mohamed
- Zarul Umbrella
Panduan Jual Beli Saham
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN
Categories
- Diari
- Google Adsense
- Motivasi
- Pemasaran Affiliate
- Pemasaran Blog
- Pemasaran Email
- Pemasaran Facebook
- Pemasaran Internet
- Perniagaan Internet
- Produk
- Produk IM
- Projek
- Uncategorized
Recent Posts
- Pakej Resell – Jom Jana Pendapatan Dengan Jual Semula Produk Digital
- 4 Perkara yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Menjual Produk RR, MRR dan PLR
- Alhamdulillah, Tamat Juga Akhirnya
- Berita Baik – Hadiah Cabaran PPL RahsiaPemasaranOnline.com
- Apa Itu Pay Per Lead (PPL)?
Archives
- May 2012
- April 2012
- November 2011
- October 2011
- December 2010
- August 2010
- June 2010
- May 2010
- April 2010
- January 2010
- December 2009
- November 2009
- May 2009
- December 2008
- November 2008


















Semua tu perlu disusuli dengan tindakan.
Tanpa tindakan kita ibarat bermimpi di siang hari…
Satu artikel yang menarik & perkongsian yg berguna….
Betul tu, bro.
Bila dah komit sesuautu kerja, memang tindakan adalah perkara penting.
saya pun kadang2 susah nak fokus.
tapi, saya tetap berusaha untuk fokus.
biasanya yang menyebabkan saya hilang fokus adalah macam email masuk, chat di ym.
jadi, nak tak nak, kena lawan perasan nak lari dari fokus tu.
apa-apa pun, memang kita kena fokus. Itu antara teras untuk tindakan yang kita hendak lakukan.