Faktor Terpenting Kejayaan Dalam Pemasaran Internet

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya masih ingat masa mula-mula saya menglibatkan diri dalam dunia pemasaran internet, iaitu pada sekitar akhir 2007 dan awal tahun 2008. Pada masa itu, tidak begitu banyak peluang untuk buat duit dalam pasaran Malaysia. Produk tidaklah begitu banyak. Namun, lihatlah sekarang. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan ada sahaja produk baru yang dikeluarkan oleh para usahawan internet tanah air. Dulunya tak banyak niche yang yang ada, tapi sekarang macam-macam niche ada, dari niche buat duit hinggalah niche percintaan, kewangan dan sebagainya.

Dengan bertambahnya bilangan produk-produk ini dalam satu-satu niche, maka semakin banyaklah persaingan dalam niche itu. Hanya mereka yang bijak mengatur strategi saja yang bakal menang dalam persaingan itu. Dalam entri kali ini, saya kan kongsikan apakah sebenarnya faktor-faktor penting dalam memastikan kejyaan kita dalam dunia pemasaran internet ini.

Membina Kredibiliti

Dalam internet ini, prospek tidak mengenali kita. Mereka tidak mengenali siapa kita yang sebenarnya melainkan kita cuba tunjukkan kepakaran kita dalam satu-satu bidang. Mengapa kredibiliti diri dalam satu-satu bidang dalam perniaggaan internet itu penting? Ini adalah kerana dengan adanya kredibiliti, orang akan mengenali kita dengan kepakaran yang kita ada dan yakin dengan produk atau perkhidmatan kita itu mampu membantu mereka. Cara yang paling mudah untuk kita membina kredibiliti diri adalah dengan member informasi. Berikan informasi tentang apa yang kita tahu sama ada melalui artikel di blog, video, audio atau ebook. Dengan ini, orang akan mengenali kita dengan lebih dekat lagi. Selain itu, manfaatkanlah blog dengan baik dengan member informasi yang berguna, releven dengan keadaan semasa serta tonjolkan kemahiran kita.

Menghargai Prospek

Mereka yang melawat laman web kita terdiri daripada orang yang akanmembeli terus pada hari itu juda dan orang tidak akan membeli. Apa yang harus kita lakukan terhadap mereka yang tidak membeli? Sia-sialah kehadiran mereka ke laman web jualan kita jika hanya membiarkan mereka pergi begitu saja. Jadi, hargailah kehadiran mereka itu dengan member sesuatu kepada mereka seperti produk percuma atau apa-apa tips percuma. Dengan ini, mungkin ada sebahagian dari mereka yang tidak mahu membeli pada awalnya menjadi tertarik terhadap produk kita dan ingin tahu dengan lebih lanjut lagi.

Trafik Ke Laman Web

Inilah faktor yang penting dalam pemasaran internet iaitu trafik dan kunjungan pelawat ke laman web. Memang tidak dinafikan tugas ini agak sukar untuk dilakukan terutama kepada mereka yang baru terlinat dalam pemasaran internet ini. Namun, jika belajar strategi yang betul, ianya menjadi tugas yang mudah untuk dilakukan. Yang penting belajar dan praktik. Terdapat pelbagai cara untuk menarik trafik ke laman web seperti melalui email, forum dan laman web social seperti Facebook, namun seperti yang saya katakana tanpa strategi yang betul ianya tidak akan member kesan. Jadi, aturlah strategi yang betul dengan mempromosikan laman web kita di tempat dan dengan cara yang betul.

Yang paling penting di sini adalah melakukan pemasaran secara konsisten. Jangan sesekali putus asa jika apa yang kita cuba lakukan itu tidak berjaya. Dan jangan sesekali takut untuk mencuba kerana jika kita takut untuk mencuba, kita tidak akan menemui peluang untuk berjaya melainkan mencuba. Cuba dulu, jika tidak berjaya, kaji di mana silapnya dan betulkan kesilapan itu. Semoga kita semua mencapai kejayaan seperti yang diinginkan, Insya-Allah…

Most Commented Posts


Dapatkan post-post terbaru terus ke email anda

Name:
Email:


Sistem Bulk SMS: Yuran Pendaftaran Seumur Hidup RM50 (Pakej RM50)
Jana Wang Dengan Blog
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN

You can leave a response, or trackback from your own site.

Facebook comments:

3 Responses to “Faktor Terpenting Kejayaan Dalam Pemasaran Internet”

  1. Oh! DuitNo Gravatar says:

    Membina kreadibiliti ialah perkara yang agak sukar..silap langkah pertama susah lah seterusnya,bak kata orang first impression…
    salam biznes dari Kha=)

  2. ZakiNo Gravatar says:

    Memang diakui, ketiga-tiga faktor tersebut sgt penting di dalam pemasaran internet. Tapi ramai yang ambil mudah dan selalu ‘syok sendiri’. Sebab itu sukar untuk bertahan lama di dalam IM

Leave a Reply