
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Semakin hari semakin ramai yang mula memiliki blog sendiri tak kisahlah sama blogspot ataupun WordPress.
Sebagaimana yang kita tahu, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat antara penulis blog dan pembaca blog tersebut.
Adakah kita tahu apa yang diingini oleh pembaca? Sebagai seorang pembaca, tentunya kita mencari maklumat. Betul tak? Sebab itulah kita perlu menyampaikan maklumat yang terbaik kepada pembaca.
Oleh itu, kita cuba elakkan dari memberikan maklumat lain dari apa yang ingin disampaikan. Maksud saya, kalau tajuk blog tersebut mengenai kereta, elakkan menulis artikel mengenai telefon bimbit dan sebagainya. Ini menyebabkan pelawat berasa hampa dan terus meninggalkan blog kita.
Jika kita ingin menulis pelbagai topik yang berkaitan dengan kita, kita bolehlah membina blog peribadi. Ini dapat merapatkan lagi hubungan pembaca dengan kita kerana mereka lebih mengenali kita.
Betul tak?


















Posted in
Tags: 











betoi tu.. hmm.. ada ak free e book yg bley citekan lebih lanjut camne nak arrange blog?
Maknanya?
mcm ni.. ramai newbie (termasuk aku) yang nak atau dah ada blog, tapi bile ada jd blurrr…. tak tau nak wat ape… kot2 ada panduan free layan gak.. haha