Assalamualaikum & salam sejahtera,
Blog boleh ditulis dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Persoalannya dalam bahasa apa yang mendatangkan banyak mendatangkan keuntungan?
Bagi saya, blog yang ditulis dalam bahasa Inggeris lebih banyak mendatangkan keuntungan. Ini kerana kebanyakan iklan Google Adsense berbahasa Inggeris. Terdapat juga iklan bahasa Melayu tetapi tidak sebanyak iklan bahasa inggeris. Tambahan pula sekiranya tiada iklan yang sesuai dengan blog tersebut, maka keluarkan iklan layanan masyarakat. Iklan sebegini tidak akan dibayar.
Oleh itu, terpulanglah kepada anda untuk menulis blog bagi menjana pendapatan dalam bahasa apa sekalipun. Blog bahasa Melayu juga mampu mendatangkan pendapatan seperti meletakkan banner-banner affiliate yang mampu menghasilkan jualan.
Pada pendapat anda, blog dalam bahasa apa paling menguntungkan?


















Posted in Uncategorized
Tags: 










Untuk yang baru bermula,rasanya blog bahasa melayu sesuai,affiliate dalam malaysia pun dah banyak.Boleh juga campur2 BM dan BI untuk asah bakat menulis dalam BI.Kalau dah ada pengalaman dan ingin pergi lebih jauh,bolehlah bertukar ke blog BI
betul jugak
yang nak start, biasakan BM dulu
Sebenarnya blog yg kita bina dah jadi hak milik kekal kita, so terpulang kepaad kita empuya blog untuk decide halatuju blog masing2…
tahniah kepada anda kerana mempunyai blog yang boleh dinilai agak baik..saya baru sahaja mejinakkan diri dalam kegiatan blog ini, dan saya mengharapkan sokongan daripada anda.di harap anda sudi memberikan sedikit komen pada blog saya yang tidak seberapa ini….saya mempunyai pertanyaan, bagaimana saya boleh mendapatkan sesuatu iklan untuk dimuatkan bersama blog saya,saya sudah pun mencuba google adsense tapi tidak berjaya disebabkan bahasa yang diguna pakai,,,,
Anda boleh gunakan banner2 affiliate ataupun buka ruang iklan berbayar di blog
yerla..btol tu.unuk newbie mmg sesuai buat blog dlm bm je dlu..tapi jika newbie tu dh pro BI blh la buat blog dlm BI kn.
aku rasa paling penting adalah dari segi target group kita. kalau kita nak target local kita guna BM. Nak target antarabangasa guna english. Bahasa Inggeris kita tak bagus dan banyak salah tak bermaksud kita tak boleh berblog dalam english. kalau kita tak buat kita takkan belajar bahasa tersebut. Sikit sikit lama lama jadi bukit.
sokong cakap orang atas..
yang penting adalah target blog..
sapa yang menjadi sasaran pembaca kita..
bagi saya, ia terpulang kepada niche kita dan siapa target pembaca kita..
kalau berkaitan dengan hal peribadi, tidak salah menggunakan kedua-dua bahasa
Betul
Kalau hal peribadi campur2 takpe
Tapi saya perhati blog english lebih untung
saya pun sokong juga cakap orang atas
Hm..
Betul jugak
utamakan bahasa melayu.banyak cerita kita boleh buat.tengok kepada target pembaca jugak.
wah..
nampaknya ramai sokong blog bm ni
apa apa pun bole. asal sedap susunannya..
yg penting korng tau ape objektif korang dan sasaran pembaca.
idup bm.. haha.. pendapat aku, biar la segala jenis e book yg d kuarkan oleh otai2 dalam bentuk bm.. mudah skit nak baca dan faham.. mcm aku sendiri kantoi gak bi, tapi baca e book bm, mudah je nak paham walaupun menda yg aku nak wat tu dalam BI.. huhu..
mana-mana pun boleh. Janji selesa.