Autoresponder Percuma? Katakan Tidak!

say-no

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pemasaran email merupakan salah satu cara terbaik bagi menjalankan pemasaran dan perniagaan internet. Namun,ada yang tidak tahu membuat keputusan sama ada menggunakan autoresponder berbayar atau percuma, termasuk saya sendiri. Hari ni, saya nak berkongsi pengalaman menggunakan autoresponder percuma dan penyesalam yang dialami.

Pada mulanya, saya berpendapat bahawa, kalau guna autoresponder percuma mula-mula ni takpe kot… Nanti list dah besar, baru langgan yang berbayar.Sebab itulah saya menggunakan skrip autoresponder percuma dan dipasang pada hosting. Saya telah memasang autoresponder yang saya fikir adalah yang terbaik. Namun, suatu masalah telah berlaku. Mula-mula email yang dihantar okay je masuk ke inbox subscriber. Setelah beberapa berlalu, barulah saya sedar bahawa email yang saya hantar memasuki kotak spam. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan server hosting yang saya pakai. Sebenarnya skrip percuma tersebut amat sesuai dipasang pada VPS atau dedicated server. Barulah tidak membawa masalah.

Setelah itu, saya mula membuat keputusan untuk melanngan autoresponder berbayar. Saya pun import semua list saya ke autoresponder baru. Namun, masalah mula timbul. Bukan semua list saya subscribe semula mailing list saya.

Pengajaran yang boleh saya pelajari di sini ialah, kalau betul-betul serius nak kumpul list, baik terus guna autoresponder berbayar. Masalah mungkin berlaku pada kita terutamanya list yang telah kita kumpul selama ini.

Kalau anda tak mampu langgan autoresponder Getresponse atau Aweber, cukuplah sekadar melanggan autoresponder lebih murah seperti Norabots. Namun, jika anda berpendapat menggunakan autoresponder percuma pada permulaan lebih baik, teruskanlah. Mungkin anda mempunyai alas an-alasan tertentu. Tapi, jika benar-benar serius dalam mengumpul list, adalah lebih baik guna yang berbayar. Jangan ulangi kesilapan yang telah saya lakukan.

Most Commented Posts


Dapatkan post-post terbaru terus ke email anda

Name:
Email:


Sistem Bulk SMS: Yuran Pendaftaran Seumur Hidup RM50 (Pakej RM50)
Jana Wang Dengan Blog
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN
IKLAN TEKS ANDA DI SINI - RM1/BULAN

You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Autoresponder Percuma? Katakan Tidak!”

  1. abrablog says:

    boleh aje gunakan yang percuma. Tapi kena carilah hosting yang benarkan. :)

  2. rahmanbasri says:

    Gunalah Norabots kalo tak mampu nk langgan Aweber dan Getrespons..

    Sokong bro :-)

  3. Autoreponder percuma ni berisiko. Tak semua hosting benarkan pasang autoresponder kat hosting. lagi2 shared hosting. Lebih baik langgan je yang berbayar. Norabots baru RM35 jer. Berbaloi rasanya daripada kita hilang subsciber

  4. syah says:

    macam mana nak tengok samada hosting tu benarkan kita pasang autoresponder percuma kat hosting tu ke tidak>

  5. faezil says:

    Salam….

    bagaimana jika kita ambil pakej free, kemudian bila list dah besau upgrade kepada berbayar ?

    Contohnya mailchimp

  6. salam, betul tu yang free ni banyak masalah daripada manfaatnya, bayangkan
    kalau dah lama kumpul list, last2 kondem cam tu je…alahai letihnya kalau cam tu.

    Sapa2 nak cuba Trafficwave bolehlah cuba…dapat trial 30 hari percuma n
    berapa banyak list pun tetap bayarannya $17,95 je.

Leave a Reply