Apa Itu Pay Per Lead (PPL)?
- Posted by Zairi Zaidi
- on Oct, 23, 2011
- in Pemasaran Affiliate
- Blog No Comments.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di Internet terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan. Ada yang menguntungkan dan ada yang merugikan. Sebab itulah kita perlu benar-benar memahami setiap peluang menjana pendapatan yang kita dengar atau lihat. Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda mengenai satu lagi cara buat duit di Internet iaitu melalui program pay per lead atau lebih dikenali sebagai PPL.
PPL adalah salah satu cabang affiliate marketing. Berbeza dengan pay per sale, PPL mendatangkan komisen tanpa perlu prospek membeli apa-apa tetapi hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan sesuatu pada sesuatu laman web. Contohnya seorang Internet marketer ingin memberikan laporan percuma kepada orang ramai. Beliau akan memberikan komisen tertentu apabila kita berjaya membawa seseorang untuk mendapatkan laporan percuma tersebut dengan memasukkan nama dan email mereka di laman web serta mengesahkan pendaftaran mereka.
Komisen yang diberikan tidaklah sebanyak komisen affiliate pay per sale. Namun, ianya tetap mendatangkan keuntungan. Malah, ada Internet marketer yang sanggup membayar sehingga RM1.00 per lead. Manakala dari segi minimum payout, kebiasaannya seseorang penganjur PPL akan menetapkan minimum komisen yang melayakkan seseorang itu mendapat komisen. Ini bermakna, sekiranya anda tidak mencapai minimum payout yang ditetapkan, tiada sebarang komisen akan dibayar.
Fokus utama anda dalam program PPL adalah mempromosikan tawaran percuma yang ditawarkan oleh penganjur. Apa yang perlu anda lakukan adalah membawa seramai mungkin pelawat yang berminat ke laman web penganjur untuk mendapatkan tawaran tersebut. Apa yang lebih menarik adalah, penyertaan program PPL adalah percuma. Ini bermakna anda boleh bermula tanpa modal untuk menjana pendapatan dengan PPL. Tugas anda adalah mempromosi tawaran yang diberikan.
Pasa masa ini, saya juga ada menganjurkan program PPL iaitu di RahsiaPemasaranOnline.com. Saya akan memberikan komisen sebanyam RM0.50 untuk setiap lead. Apa yang adna lakukan adalah mempromosi laporan percuma yang saya tawarkan di laman web RahsiaPemasaranOnline.com. Anda akan dibayar apabila terdapat mereka yang measukkan nama dan alamat email serta mengesahkan pendaftaran mereka. Minimum payout pula cumalah RM5.00. Dengan kata lain, hanya 10 leads sahaja untuk melayakkan anda mendapat komisen. Untuk maklumat lanjut tentang PPL ini, KLIK DI SINI.
Baiklah, itu saja perkongsian saya kali ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam artikel-artikel yang akan datang. Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat, silalah komen di sini
Zairi Zaidi merupakan usahawan Internet yang menjalankan perniagaan di Internet secara sambilan dan ketika ini masih lagi bergelar sebagai seorang mahasiswa.
Artikel Berkaitan
- Review: Teknik Split Affiliate – Rahman Basri
- Boleh Ke Tulis Iklan Dengan Cepat?
- Review: Kod Adsense – Nurul Aswani
Mengenai Penulis
Ahmad
Zairi bin Zaidi atau Zairi Zaidi merupakan seorang usahawan Internet dan juga merupakan
mahasiswa universiti yang kini sedang membina empayar perniagaannya
serta ingin menjadi seorang usahawan dan jutawan muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.
>> baca selanjutnya
Categories
- Diari
- Google Adsense
- Motivasi
- Pemasaran Affiliate
- Pemasaran Blog
- Pemasaran Email
- Pemasaran Facebook
- Pemasaran Internet
- Perniagaan Internet
- Produk
- Produk Usahawan Internet
- Projek
- Uncategorized
Recent Posts
- Pemasaran Facebook Group – Bahagian 2/2
- Pemasaran Facebook Group – Bagagian 1/2
- Pakej Resell – Jom Jana Pendapatan Dengan Jual Semula Produk Digital
- 4 Perkara yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Menjual Produk RR, MRR dan PLR
- Alhamdulillah, Tamat Juga Akhirnya
Archives
- August 2012
- May 2012
- April 2012
- November 2011
- October 2011
- December 2010
- August 2010
- June 2010
- May 2010
- April 2010
- January 2010
- December 2009
- November 2009
- May 2009
- December 2008
- November 2008
















